Followers

Friday, 30 November 2012



 
 
NAK JADI SEPERTI MEREKA ANDA HANYA PERLU MENGGUNA PRODUK PREMIUM BEAUTIFUL MEMANG BERKESAN..
 
untuk dapatkan barang boleh
sms/call=010-6318526

Tuesday, 27 November 2012


Set Kecil (S,M)
RM2400


Set Besar (L,XL)
RM2600


Cara Bayaran:
Boleh bayar CASH or CC and dpt extra disc for sz S,M RM2000 and L,XL RM2200 jer 
 

Guna Credit card - nurul akan hantar form untuk u all fill in. Kalau u all guna Hong Leong, Ambank, OCBC boleh minta 0% installment plan. Kalau u ols area Klang Valley kita leh jumpa di stokis untuk terus amik PB




Easy RHB Instalment Plan - Ini yang paling senang, sekarang bersepah-sepah counter dia n sgt mudah sbb wiken pun bukak.Perlukan IC jer yer. Diorang akan proses time tuh juga within 15mins- 30 mins.U ols ckp la nk pinjam 2k and for how long and time tu juga u all dpt duit yang diisi dalam ATM card.


RHB Easy Outlet Listing here
 


Cash installment pun diterima,
-harga set kecik RM2400
- harga set besar RM2600.
Min : RM200per mth x 12 mths


Untuk bakal pengantin dan bakal Ibu better beli awal2 and bayar installment BEFORE hari bahagia menjelaang...so bila harinya tiba INSTALLMENT PUN DAH SETTLE :)

* cepatla order or call me :
010-6318526 or pm me @ facebook

 


 





 
 
 
Herba Maharani atau nama penuhnya Beijing Tong Ren Tang Te Zhi Bai Feng Wan adalah herba khusus untuk wanita, yang mana sangat baik dan terbukti berkesan untuk menjaga dan menyihatkan bahagian keintiman wanita
Isi kandungan : Ayam hitam (Gallus Gallus Domesticus), Cornu Cervus Nippon dan herba-herba tradisional China seperti ginseng, Concha Ostrea Gigas, Radix Angelica Sinensis dan sebagainya. Bahan utama produk iaitu Gallus Gallus Domesticus dan Cornu Cervus Nippon memperkuatkan hati, ginjal, menambahkan darah dan tenaga batin.


Kelebihan menggunakan herba maharani:
  • Sihat tubuh badan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Tingkatkan metabolisma
  • Selesaikan masalah kronik wanita dan gadis remaja spt senggugut, keputihan dan peredaran haid
  • Melambatkan masalah monopouse
  • Menegang dan memberi keanjalan pada kulit terutamanya pada payu dara, ovari, perut & pinggul
  • Boleh kurangkan sakit belakang
  • Menyegarkan badan..tiada lagi stress…tiada lagi migraine
  • Suburkan rahim ( untuk yang masalah sukar hamil)
  • Paling penting ketatkan rahim dan mengeratkan hubungan suami isteri

** Kalau yang baru lepas bersalin tu lagi la sesuai makan herba Maharani, memang herba kebahagiaan rumahtangga..amalkan selalu..‘makin ketat makin rapat..makin rapat lebih nikmat’..gunakan secara berterusan..Insyaallah pasti tertunai hasrat dihati


 
HARGA RM158 INCLUDE POSTAGE
 
NURICH LACTO-LITE
Minuman serbuk yoghurt kultur hidup dan inulin menggabungkan kebaikan kultur hidup dan inulin untuk menjamin kesihatan sistem penghadaman dan badan kita. Ia adalah sinbiotik yang menggabungkan kedua-dua probiotik dan prebiotik. Ia tidak mengandungi sebarang herba atau bahan kimia yang bersifat laksatif (julap). Oleh itu, ia tidak akan menyebabkan kekejangan perut atau cirit-birit.

KEUNIKAN NURICH LACTO-LITE
· Tahan terhadap asid perut dan garam hempedu
· Keupayaan hidup dan mengekalkan aktiviti sifat
· Kebolehan melekat pada sel usus dengan baik
· Diiktiraf oleh FDA sebagai "GRAS" (Generally Recognized as Safe)

BAGAIMANA LACTO-LITE DAPAT MEMBANTU ANDA?
· Menyingkirkan toksin dalam badan
· Meningkatkan metabolisme untuk mengurangkan beban badan
· Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik
· Membantu melegakan sembelit
· Membantu sintesis vitamin

CARA PENGAMBILAN
Campurkan sebungkus lactolite ke dalam 200ml air kosong (BUKAN AIR PANAS). Boleh juga dicampur dengan jus buah-buahan atau minuman lain.
"Bagi kaum wanita, kalo setakat kurus2 aku ni aku syorkan korang try dulu Lactolite sekotak dua (sekotak tahan sebulan) + Premium Beautiful berterusan 8jam sehari setiap hari..kalo bebetul ada masalah kegemukan, bole amalkan 2 benda ni Lactolite n Premium Beautiful sepanjang hayat..

Jgn risau, Lactolite yg berterusan tak memudaratkan perut..malah dia mencuci bersih perut korang dari sebarang sisa2 lama yg menyebabkan kentut busuk n perut buncit..so lepas ni KENTUT WANGIIIIIII, PERUT SLIMMMMM n KULIT BERSIHHHH je :)"


Tuesday, 13 November 2012

Tips Mengekalkan Rumahtangga Yang Bahagia




Tips Mengekalkan Rumahtangga Yang Bahagia....

Kebahagiaan merupakan perkara yang sentiasa ingin dinikmati oleh mana-mana pasangan yang telah berumahtangga. Terdapat beberapa tips dan panduan yang mampu untuk mengeratkan hubungan yang kukuh antara pasangan anda:

1. MURAH DENGAN SENTUHAN DAN BELAIAN KASIH SAYANG:
Berikanlah ciuman, sentuhan, belaian dan pelukan mesra kepada pasangan anda selalu. Belaian dengan penuh rasa kasih sayang dipercayai dapat membantu pasangan untuk kelihatan awet muda dan berketerampilan menarik. Sekiranya pasangan kecil hati atau merajuk, pujuklah dengan pelukan romantik supaya hatinya menjadi gembira semula.


2. TIDAK TERLALU MENGONGKONG:
Elakkan terlalu mengongkong pasangan anda. Berikanlah dia peluang untuk melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas hubungan rumahtangga. Peluang dan kesempatan yang diberikan oleh anda membuatkan pasangan berasa sentiasa dipercayai dan dihargai.


3. MENCARI KEBAIKAN:
Carilah kebaikan pasangan anda selalu. Jauhi sikap mencari kelemahan atau kekurangan pasangan kerana ianya seolah-olah membuatkan anda tidak percaya dan tidak yakin akan kemampuannya.


4. MURAH DENGAN PUJIAN DAN GALAKAN:
Pujian dan galakan merupakan sikap untuk menunjukkan perasaan sokongan, bangga, kagum, terharu dan berterima kasih kepada pasangan anda. Misalnya, suami yang memuji isterinya pandai memasak, mengemas rumah dan melayannya dengan sempurna.


5. ELAKKAN PERDEBATAN:
Jauhi segala perdebatan, salah faham, mengungkit dan menyindir pasangan anda sebaliknya selesaikan masalah tersebut dengan tenang tanpa mengikut perasaan. Sekiranya masalah itu disebabkan oleh pasangan kita, sedialah untuk memaafkannya. Sebaliknya, jika masalah itu datangnya daripada diri kita, mohonlah kemaafan daripada pasangan anda dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.


6. MENJAGA HATI DAN MARUAH PASANGAN:
Hati dan maruah pasangan haruslah dijaga demi mengekalkan rasa hormat menghormati di dalam rumahtangga. Elakkan menggunakan sebarang kata-kata sensitif yang mampu menyinggung perasaan dan maruah pasangan. Misalnya, dengan tidak menegur kesalahan isteri di depan tetamu atau khayalak ramai. Bisiklah secara senyap tanpa didengari oleh orang lain.


7. KERAP BERKOMUNIKASI, BERBUAL DAN BERGURAU SENDA:
Gurauan yang betul dan tidak melebih-lebih mampu menghiburkan hati pasangan anda. Berbuallah topik-topik yang sesuai agar hubungan anda lebih serasi dan harmonis.
Misalnya, berbual mengenai kemajuan pelajaran anak-anak, berbual mengenai rancangan untuk bercuti, berkelah, berkongsi cerita lawak dan lain-lain lagi asalkan anda tidak mengapu-apu atau merepek.
Jadilah pendengar yang baik dengan memberi perhatian kepada setiap perkara yang ingin disampaikan oleh pasangan anda. Jangan cuba sesekali mengabaikan atau tidak mengendahkan apa yang cuba disampaikan oleh pasangan anda biarpun ianya kurang penting atau tidak berkaitan dengan anda. Bayangkan sekiranya pasangan anda melakukan perkara yang sama ketika anda berbicara. Sudah pasti anda kecil hati atau marah, bukan.


8.CARI KEBAIKAN DAN KELEMAHAN DIRI:
Sekiranya berlaku pertengkaran kecil atau salah faham, cubalah mencari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran tersebut. Fahamilah bahawa salah faham atau pertengkaran itu mungkin timbul kerana kesan daripada sesuatu perkara yang tidak begitu menyenangkan hati pasangan anda.
Jadi cubalah kenalpasti perkara tersebut dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi. Dengan cara mengakui kelemahan diri, maka segala kelemahan akan dapat diperbaiki.


9. SENTIASA BERTERUS TERANG:
Berterus teranglah dengan pasangan anda mengenai sesuatu perkara. Jangan menyembunyikan sesuatu perkara daripada pengetahuan pasangan ini kerana ianya akan menimbulkan rasa curiga dan salah faham.
Ada kalanya, sesuatu perkara mungkin membuatkan pasangan anda agak terasa, tetapi adalah lebih baik jika diberitahu secara berterus terang. Sudah pasti pasangan akan bersedia untuk mendengar dengan hati yang terbuka kerana sifat anda yang ikhlas, jujur serta tidak menyembunyikan sesuatu perkara.


10. BERFIKIRAN TERBUKA DAN SALING TEGUR MENEGUR:
Menegur pasangan anda secara betul bukan merupakan cara untuk mencari kelemahan atau kekurangannya melainkan untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Anda juga layak ditegur oleh pasangan agar kelemahan dan kekurangan diri dapat dikenalpasti.
Sikap saling tegur menegur secara betul dan positif mampu menjadikan hubungan itu semakin sempurna kerana kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri dapat diperbaiki bersama-sama. Jauhilah sikap "pantang ditegur" oleh pasangan anda.
Kebiasaannya, ego yang tinggi menghalang seseorang untuk ditegur. Terimalah teguran seadanya dengan sikap positif dan terbuka. Katakan secara jujur kepada pasangan anda sebab dirinya ditegur dan sedia untuk memaafkannya.


11. BERILAH PELUANG:
Berilah peluang kepada pasangan anda khasnya dari segi perbezaan pendapat, hobi, kegemaran, makanan, citra rasa dan warna pilihan.
Jangan terlalu ego untuk tidak memberi peluang kepada pasangan anda bagi mengelakkan diri dilabelkan sebagai "mementingkan diri" dan "tidak memahami perasaan". Jika ini berlaku, pasangan anda pasti akan terasa dan berkemungkinan akan terus merajuk.
Sekiranya anda kurang berminat dengan apa yang diminati oleh pasangan anda, cubalah untuk menyesuaikan diri supaya anda akan menjadi berminat. Bak kata pepatah "Tak kenal, maka tak cinta". Tindakan seperti ini akan mampu mewujudkan keserasian di dalam hubungan.

Sekiranya diamalkan dengan baik, sudah pasti hubungan anda akan terus kekal selamanya.

Etika Perniagaan Dalam Islam

Etika Perniagaan Dalam Islam

Perniagaan adalah merupakan suatu aktiviti ataupun kerjaya yang amat dimuliakan oleh Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan bukan sahaja sebagai sunnah Rasulullah s.a.w, bahkan menjanjikan kepada umatnya hasil keuntungan dengan syarat perniagaan itu mesti disulami dengan usaha yang bersungguh-sungguh berlandaskan asas-asas muamalat Islam. Suatu ketika Nabi s.a.w. pernah ditanya berkenaan sesuatu pekerjaan yang paling mulia, lantas Baginda s.a.w bersabda;
“(Pekerjaan tersebut adalah) Jual beli yang mabrur (diredhai) dan pekerjaan seseorang yang dilakukan dengan usahanya sendiri”. (Riwayat Al-Bazzar dan Ahmad)
Allah SWT mengurniakan kelebihan atau keuntungan kepada para peniaga iaitu dengan mengurniakan limpahan rahmat dan meletakkan para peniaga jujur dan amanah sebaris dengan para anbia’ dan syuhada’ di akhirat kelak sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w;
“Sesungguhnya ahli perniagaan yang jujur lagi amanah akan bersama-sama para Nabi, kumpulan orang yang jujur dan para syuhada (di hari kebangkitan)”.
Kemudian Imam Abas sambung lagi khutbahnya, Justeru, langkah yang terbaik bagi peniaga-peniaga Islam ialah dengan mengikut teras perniagaan yang dianjurkan oleh Allah SWT .
……Kesimpulannya untuk menjadikan perniagaan kita diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT kita hendaklah melaksanakan etika perniagaan seperti berikut:
Pertama : Memahami bahawa kerja sebagai ahli perniagaan itu adalah mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w.
Kedua : Semua jenis perniagaan hendaklah berteraskan kepada asas-asas muamalat Islam yang tidak bercanggah dengan syarak.
Ketiga : Kejujuran dan amanah adalah menjadi kunci kejayaan dalam perniagaan.
Keempat : Tidak melakukan penindasan terhadap para peniaga yang lain dengan cara monopoli barangan di pasaran.
Kelima : Para peniaga dan pekerja hendaklah sentiasa mengikut etika Islam dengan sentiasa berwudhuk, menutup aurat, menjaga pergaulan bebas dan yang paling penting menunaikan solat dan berzakat untuk menambahkan keredhaan dan keberkatan Allah SWT.
Keenam : Seseorang peniaga juga hendaklah sentiasa menginfakkan sebahagian hartanya untuk Islam, membantu golongan yang kurang bernasib baik dan kurang upaya kerana inilah sebahagian punca rezeki yang kebanyakan peniaga tidak menyedarinya.
Oleh itu, marilah kita meninggikan ekonomi umat Islam dengan melibatkan diri dalam perniagaan yang sentiasa mendapat keredhaan, keberkatan dan keampunan Allah SWT.
“Lelaki yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah dengan mendirikan solat dan menunaikan zakat, mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya hati dan pandangan menjadi gusar”. (An-Nur: 37)


Kata-Kata Inspirasi Selepas Mengalami Sesuatu Kegagalan

  • Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
  • Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
  • Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
  • Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
  • Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
  • Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
  • Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
  • Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
  • Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
  • Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
  • Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.
  • Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
  • Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
  • Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.
  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
  • Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.
  • "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".
  • Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
  • Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.
  • Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!
  • Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!
  • Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.
  • Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.
  • Kesialpan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.
  • Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.
  • Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.
  • Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.
  • Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.
  • Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya.
  • Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.
  • Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.
  • Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.
  • Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.
  • Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.
  • Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.
  • Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.
  • Terseradung bukannya terjatuh.
  • Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.
  • Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.
  • Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.
  • Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.
  • Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.
  • Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
  • Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.
  • Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.
  • Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.
  • Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.
  • Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya.
  • Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.
  • Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.
  • Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.
  • Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.
  • Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.
  • Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.
  • Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.
  • Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.
  • Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
  • Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.
  • Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.
  • Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.
  • Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.

PERINGATAN!!!

INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KATA-KATA PEMBANGKIT SEMANGAT SAHAJA DAN BUKANNYA FALSAFAH ATAU HADIS ATAU AYAT AL-QURAN.ANDA DINASIHATKAN SUPAYA MEMBACA KATA-KATA INI SEBAGAI PENGETAHUAN SAHAJA.ASASNYA,APA-APAPUN PEKERJAAN YANG ANDA LAKUKAN HENDAKLAH DILAKUKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN TIDAK BERPUTUS-ASA DAN BERSERAH KEPADA ALLAH S.W.T APABILA ANDA TELAH BERUSAHA.INSYA-ALLAH ANDA AKAN BERJAYA!!.

selamat membaca!!