Perniagaan adalah merupakan suatu aktiviti ataupun kerjaya yang amat dimuliakan oleh Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan bukan sahaja sebagai sunnah Rasulullah s.a.w, bahkan menjanjikan kepada umatnya hasil keuntungan dengan syarat perniagaan itu mesti disulami dengan usaha yang bersungguh-sungguh berlandaskan asas-asas muamalat Islam. Suatu ketika Nabi s.a.w. pernah ditanya berkenaan sesuatu pekerjaan yang paling mulia, lantas Baginda s.a.w bersabda;
“(Pekerjaan tersebut adalah) Jual beli yang mabrur (diredhai) dan pekerjaan seseorang yang dilakukan dengan usahanya sendiri”. (Riwayat Al-Bazzar dan Ahmad)
Allah SWT mengurniakan kelebihan atau keuntungan kepada para peniaga iaitu dengan mengurniakan limpahan rahmat dan meletakkan para peniaga jujur dan amanah sebaris dengan para anbia’ dan syuhada’ di akhirat kelak sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w;
“Sesungguhnya ahli perniagaan yang jujur lagi amanah akan bersama-sama para Nabi, kumpulan orang yang jujur dan para syuhada (di hari kebangkitan)”.
Kemudian Imam Abas sambung lagi khutbahnya, Justeru, langkah yang terbaik bagi peniaga-peniaga Islam ialah dengan mengikut teras perniagaan yang dianjurkan oleh Allah SWT .
……Kesimpulannya untuk menjadikan perniagaan kita diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT kita hendaklah melaksanakan etika perniagaan seperti berikut:Pertama : Memahami bahawa kerja sebagai ahli perniagaan itu adalah mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w.Kedua : Semua jenis perniagaan hendaklah berteraskan kepada asas-asas muamalat Islam yang tidak bercanggah dengan syarak.Ketiga : Kejujuran dan amanah adalah menjadi kunci kejayaan dalam perniagaan.Keempat : Tidak melakukan penindasan terhadap para peniaga yang lain dengan cara monopoli barangan di pasaran.Kelima : Para peniaga dan pekerja hendaklah sentiasa mengikut etika Islam dengan sentiasa berwudhuk, menutup aurat, menjaga pergaulan bebas dan yang paling penting menunaikan solat dan berzakat untuk menambahkan keredhaan dan keberkatan Allah SWT.Keenam : Seseorang peniaga juga hendaklah sentiasa menginfakkan sebahagian hartanya untuk Islam, membantu golongan yang kurang bernasib baik dan kurang upaya kerana inilah sebahagian punca rezeki yang kebanyakan peniaga tidak menyedarinya.
Oleh itu, marilah kita meninggikan ekonomi umat Islam dengan melibatkan diri dalam perniagaan yang sentiasa mendapat keredhaan, keberkatan dan keampunan Allah SWT.
“Lelaki yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah dengan mendirikan solat dan menunaikan zakat, mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya hati dan pandangan menjadi gusar”. (An-Nur: 37)
No comments:
Post a Comment